“Kalau Boleh Cari La Yang Elok Dari Dulu” – Kekasih Baru Fizi Ali Dikritik Seksi Melampau, Rupanya Ini Gerangan Kekasih Baru Fizi Ali

Meskipun pernah mengalami pengalaman pahit dalam rumah tangga, Fizi bagaimanapun tidak mahu menganggap persitiwa gelap itu sebagai satu penghalang untuk dirinya mengecapi bahagia bersama pilihan hatinya.

“Selepas bercerai, saya meratapi nasib sendiri sebab apa yang saya rancang untuk masa depan tidak menjadi. Saya rasa dunia sangat gelap. Kemudian ambil masa berfikri dan kembali bangkit.

“Saya sudah tidak takut dilambung ombak. Kalau kembali bertemu jodoh saya terima,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Fizi berkata dia mula mendekati dan mengenali wanita tersebut pada enam bulan lalu selepas hubungan mereka menjadi akrab dalam menguruskan perniagaan menjual pakaian.

Kalau Boleh Cari La Yang Elok Dari Dulu” – Kekasih Baru Fizi Ali Dikritik Seksi Melampau, Netizen '

“Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang. Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru sahaja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain.

“Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Usia semakin meningkat dan saya tiada masalah nak kahwin tahun ini.

“Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okey sahaja,” ujarnya.

Disoal mengenai penerimaan puteri sulungnya, Nur Ameena Sofia terhadap kekasih hatinya itu, Fizi berkata Tiz dan anaknya mudah untuk serasi.

“Tiz dah jumpa anak saya. Mereka mudah mesra dan boleh terima antara satu sama lain. Orang ramai hantar DM (Direct Message) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih,” jelasnya.

Tambah Fizi, kini dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi dan mengaku sedang bercinta dengan wanita dikenali sebagai Tiz.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang usahawan dan dia pernah bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian bersama Fizi Ali.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, ramai pula yang mula membuat perbandingan antara Tiz dan bekas isteri Fizi, Shakilla Khoriri.

Kata sesetengah netizen, Tiz dilihat terlalu seksi untuk dijadikan isteri malah ada yang mempersoalkan kemampuan wanita itu untuk menjadi ibu ‘segera’ kepada anak Fizi, Nur Ameena Sofia.

Netizen juga merasakan wajah Tiz sama seperti pelakon Sharifah Sakinah selain gaya pemakaian mereka berdua yang seakan sama.

Meskipun begitu, Fizi memaklumkan kekasihnya itu telah berjumpa dengan anaknya dan dilihat mudah mesra dan boleh menerima di antara satu sama lain.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah bernikah pada 18 Februari 2018 dan bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 3 tahun.

Sumber HOT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*