
Terkini, Tash Yong Dah Tak Pakai Tudung, Akui Iman Tak Cukup Kuat
PELAKON Tash Yong menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh keputusannya untuk tidak lagi berhijab adalah disebabkan kurang tawaran dalam dunia seni.
Kata Tash atau Nur Natasha Shazlia Rosli, 33, sejak awal pembabitan dalam dunia seni, populariti bukan yang menjadi keutamaan dan tidak mungkin sengaja mahu mencipta kontroversi demi meraih perhatian.
“Saya sudah lama berada dalam industri… lebih 10 tahun rasanya. Saya tidak pernah nak kejar populariti dan berlakon ini adalah sesuatu yang saya minat. Jadi tak timbul isu saya buka tudung disebabkan tiada tawaran kerja atau nak popular.
“Kalau betul nak buat kontroversi, dari dahulu saya boleh buat macam-macam cerita.
“Keputusan membuka tudung ini adalah disebabkan diri sendiri. Bukan pengaruh sesiapa atau disebabkan kerja. Ini adalah apa yang saya mahukan,” katanya kepada mStar.
Mula dilihat tidak lagi memakai hijab sejak awal Februari lalu, Tash akui sering menerima kecaman di media sosial sehingga ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya.
Video,
20 Tahun Tanggung Derita Disihir, Alat Sulit Tash Yong Pernah Berdarah Selama 6 Bulan – ‘Saya Tahu Orangnya’
Pelakon Tash Yong mendedahkan dia terpaksa menanggung derita sihir sejak 20 tahun lalu. Muntah keluar rambut, mata pisau cukur, jarum peniti 31 batang, paku karat dan batu adalah antara perjalanan perit yang ‘ditelan’ oleh pelakon muda itu.
Ujian yang dihadapi
Menurut Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli, sihir yang ditanggung ini dilalui sejak zaman sekolah dan turut diketahui oleh rakan-rakannya. Tambahnya, 2007 adalah tahun paling kritikal dalam menghadapi ujian Allah SWT.
Saya sampai tahap lari dari rumah sebab stress dan tinggal dengan emak tiri di Melaka. Saya juga pernah alami pendarahan alat sulit selama enam bulan tanpa henti.
Kata pelakon Drama Cinta Suraya itu, ibu tirinya turut terkena gangguan sihir ketika menjaganya di Melaka.
Saya tidur dalam keadaan takut disebelah dia (ibu tiri), tiba-tiba muka dia berubah. Satu rumah kena gangguan. Kena tindih itu perkara biasa.
Perkara ini membawa kesan dalam karier seni. Semua benda yang dibuat rasa tak kena.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 32 tahun itu turut ditindih sehingga sukar untuk bernafas kerana seluruh badan dikunci ketika tidur.
Tash juga menyatakan perniagaan kerepeknya tergendala oleh sebab pasukannya juga diganggu sehingga mereka lemah semangat.
Orang yang sama
Dalam pada itu, katanya lagi, kejadian sihir ini dipercayai dihantar daripada orang berdekatan dan bukan orang luar. Dedahnya, dia mengetahui orang yang menghantar sihir tersebut namun dia meletakkan 10 peratus dalam ketidakpastiannya itu.
Enam ustaz ditemui cakap orang sama yang buat saya. Ustaz terbaru yang saya jumpa, rujuk benda ini (sihir) dengan gurunya di luar negara dan beritahu saya dibuat oleh individu sama.
Tidak akan berputus asa, Tash akan terus berjuang dalam ujian ini di samping bersyukur atas segala yang terjadi kerana telah menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah SWT.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply