
Jika dilihat pada rupa paras penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, pasti tidak menyangka bahawa dia kini sudah memasuki usia 50 tahun. Namun, wajahnya masih kelihatan awet muda dan makin cantik!
Hasil risikan, ternyata Datuk Syafinaz sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan sejak usianya 16 tahun lagi.
Datuk Syafinas sanggup habiskan duit & masa demi kulit sensitif
Datuk Syafinaz berkata, dia sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan memandangkan memiliki jenis kulit yang sangat sensitif.
Bagi memastikan kulitnya sentiasa bersih dan sihat, penyanyi lagu Persis Salju ini sanggup menghabiskan wang dan masa untuk kepuasan dirinya. Bukan itu sahaja, selebriti kelahiran Pontian, Johor ini akan menggunakan sheet mask bagi memastikan kulitnya tahan lembap..
“Dalam masa sehari, Datuk Syafinaz akan guna 2 sheet mask.
“Sama ada harga mahal atau murah, guru vokal ini ada lebih daripada 10 jenis sheet mask yang berbeza jenisnya,”ujarnya.
Minum dua gelas air kosong setiap pagi…
Selain itu, pelontar suara soprano akan memastikan dirinya sentiasa terhidrat dengan minum dua gelas air kosong setiap pagi.
“Dan, saya juga akan memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,”ujarnya lagi.
Untuk pengetahuan, amalan minum air pada waktu pagi terutama selepas bangun tidur dapat mencuci perut dan mengimbangkan sistem limfa. Apabila sistem limfa stabil dan seimbang, maka badan akan memiliki sistem imun yang kuat. mengelakkan badan daripada jatuh sakit dengan kerap.
Usia Cecah 50 Tahun, Syafinaz Selamat Tampil Berhijab Raih Pujian Ramai, Ramai Mendoakan Supaya Istiqomah!
Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mencuri tumpuan ramai selepas tampil sopan menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya petang tadi.
Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 50 tahun itu dilihat mempromosikan sebuah karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan berdekatan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi lagu Persis Salju itu mengenakan hijab dengan solekan ringkas sehingga menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Rata-rata memuji kecantikan Syafinaz yang kelihatan lebih ayu dan manis apabila memakai hijab selain mendoakannya supaya kekal dengan imej seperti itu satu hari nanti.
Persis bidadari
Moga istiqamah
Kekal awet muda!
Cantiknya.. manis tengok
Terdahulu, Syafinaz atau mesra disapa Tok Naz pernah beberapa kali mencuri tumpuan apabila menjadi guru vokal kepada qari dan qariah untuk memantapkan lagi teknik taranum dan melagukan ayat-ayat suci al-Quran di sebuah akademi di Negeri Sembilan.
Sumber: Murai.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply