
Kemelut hubungan pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey masih belum reda lebih-lebih lagi lelaki itu menyebarkan perkara yang tidak benar di media sosial sewaktu sesi siaran langsung.
Susulan itu, Zarina atau mesra disapa Anju meminta agar bekas tunangnya membuat permohonan maaf secara terbuka selain meminta individu tersebut bertemu keluarganya berhubung kenyataan fitnah terhadap mereka.
Awak dah fitnah saya dan keluarga!
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Khazrul baru-baru ini sangatlah mengecewakan kerana ia telah menyentuh keluarganya dalam konflik hubungan mereka.
“Awak sentuh isu dadah saya, sekarang netizen dah buka isu kes dadah awak kena tangkap 2009 dulu. Awak dah takut, awak hantar keluarga awak, saya dengan keluarga awak baik-baik sahaja. Tapi keluarga saya macam mana pula?
“Awak dah fitnah saya macam-macam, sekarang keluarga saya dah malu, awak fitnah cerita pasal keluarga saya,”ujar Anju.
Zarina berkata, Khazrul sepatutnya datang berjumpa keluarganya dan meminta maaf kepada mereka, seterusnya mengeluarkan kenyataan rasmi secara langsung di media sosial.
Bila masa pula saya bagi awak gambar bog3l?
Apa yang membuatkan aktres berusia 35 tahun berang adalah bekas tunangnya mendedahkan dia memiliki gambar bogelnya selain memberi ugutan mahu menyebarkan ke khalayak ramai.
“..bila masa pula saya bagi awak gambar bogel saya, yang awak ugut nak sebarkan. Jadilah seorang lelaki dan selesaikan masalah. Saya sayangkan keluarga awak dan hal ini melibatkan awak dan saya.
“Masa sebar aib bukan main riak tapi bila nak minta maaf kecut perut pula?”tulisnya lagi.
Apa-apa pun, diharapkan agar kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah secara bijak sebelum menunding jari antara satu sama lain di media sosial.
“I Pernah Kena Lempang Dengan Dia” – Individu Dedah Sikap Sebenar Bekas Tunang Anju?
Umum mengetahui, pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey sudah pun terlerai selepas beberapa minggu mengikat tali pertunangan sebelum ini.
Bagaimanapun, kemelut antara Anju dengan bekas tunangnya itu masih tidak berkesudahan apabila masing-masing saling mengeluarkan kenyataan dan saling berbalah.
Terbaru, Anju mendedahkan luahan seorang individu yang mendakwa dirinya salah seorang mangsa bekas tunangnya itu.
Dakwa individu itu, Khazrul suka menabur duit kepada wanita walaupun tidak diminta, malah turut dipaksa untuk untuk menerima.
Malah, individu itu mendakwa Khazrul akan berubah sikap apabila wanita yang mempunyai hubungan dengannya tidak seperti yang dimahukan..
Menerusi mesej yang dihantar kepada Anju itu, individu tersebut turut bersyukur lelaki itu menunjukkan sikap ‘sebenar’ sebelum berkahwin dengan aktres berkenaan.
Sumber: Instagram @anjoulielavocah1, OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Leave a Reply