Ada Yang Pertikaikan Duit Sumbangan Waktu Nad Zainal Dlm Hospital Dan Berkahwin Selepas Keluar Hospital. Ini Respond Nad Zainal

“Saya akan menjawab segala persoalan dan memberi pencerahan di media sosial bersama suami, Ungku Ismail.”

Demikian kata pelakon Nad Zainal yang enggan ditemubual media buat kali pertama selepas keluar daripada hospital dan mendirikan rumah tangga.

Nad berkata, suaminya tidak mengizinkan untuk memberi sebarang kenyataan sebaliknya akan berkongsi segala persoalan menerusi video dalam masa terdekat.

Promosi kedai emas, Nad Zainal disangka nak nikah - Kosmo Digital

“Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan. Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan.

“Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lakukan bersama suami. Kalau dia (suami) tiada, saya tidak mahu bercakap.

“Kami sudah buat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama,” katanya.

Ditanya mengenai tindakannya yang memilih media sosial sebagai platform untuk memberikan penjelasan, Nad memilih mengunci mulut.

“No Comment for now (tiada komen buat masa ini),” katanya.

Dah kahwin pun masih dipertikai?

Khabarnya, Nad juga sudah kembali ke lokasi penggambaran untuk telefilem terbitan Zeel Production, Mendarat Di Syurga yang turut dibintangi Syafiq Kyle dan Siti Saleha.

Ketika pasangan itu sedang mengecap bahagia, nampaknya ada pula cakap-cakap belakang mengenai mereka. Bukan mempertikai keputusan drastik mereka untuk bernikah.

Sudah sampai seru dan kedua-dua keluarga juga merestui, jadi apa ditunggu lagi? Cuma yang tidak enak didengar, ada pihak mengungkit mengenai kutipan yang dibuat ketika Nad menerima rawatan disebabkan pendarahan paru-paru sebelum ini.

Ungku Ismail telah menjelaskan ke mana wang kutipan itu disalurkan. Masih ada yang mempertikai.

Terdahulu, kira-kira 10 media hadir untuk membuat liputan penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga sekali gus meminta penjelasan daripada pelakon drama Cina Buta itu mengenai isu perkahwinannya, dana rawatan ketika dimasukkan ke hospital serta dakwaan yang mengatakan dia ‘bergaduh’ dengan beberapa rakan selebriti.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail yang juga perkahwinannya buat kali kedua pada 23 Januari lalu.

Bagaimanapun, berita tentang perkahwinan itu hanya dikongsikan mereka kepada umum pada 29 Januari, kira-kira seminggu kemudian.

“Baru Kahwin Dah Pregnant, Cepatnya…” – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Nad Zainal

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal memuat naik sebuah video ulasan mengenai sebuah produk berasaskan susu kambing.

Namun, bentuk fizikal Nad pula menjadi perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi video tersebut, ramai yang menyatakan melihat ‘baby bump’ Nad dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Aku anak 2 dh part perut tuh mmang tk boleh nk sorok . Kdang2 nmpk mcm pregnant tpi buncit je . Kdang2 tak nmpk pun perut yg buncit tuh . Tapi klau pregnant pun apa salahnya dia kan dh kahwin .

Namun begitu, Nad menafikan bahawa dirinya kini sedang hamil malah memaklumkan bahawa itu sekadar perut buncit selepas makan.

Susulan itu, ada segelintir warganet berpesan agar lebih berhati-hati sebelum meninggalkan sebarang komen.

Malah, rata-rata individu yang bergelar ibu memahami keadaan fizikal seseorang akan berubah setelah melahirkan anak dan berasa lucu dengan dakwaan hamil tersebut.

Biasa la tuh ..bukan xkawin ..ada suami kot ..Nad jenis badan kecik ja tu senang nampak perut ..kalau MCM saya badan besaq dah nak bersalin perut dok nampak kecik LGI

Ank dia dah 2 org wei, opkos la buncit. Aku pang kang br tauu. Jd netizen ni jgn suke mengecam ajerr.

Sekadar info, Nad Zainal dan Ungku Ismail selamat bergelar suami isteri pada 23 Januari 2023.

Sebelum ini, Nad mendirikan rumah tangga besama Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 namun berpisah pada tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom,2.

Video,

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*