
Berita tentang kontroversi penyanyi, Lufya Omar dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz kembali menjadi sorotan selepas selebriti wanita itu membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta di mahkamah.
Terkejut terima notis tuntutan mutaah
Susulan daripada itu, Dr Che Hafiz yang ditemui bersama isterinya, Julia Farhana Marin mengakui terkejut apabila mendapat notis daripada mahkamah berkenaan hal tersebut setelah tiga tahun berpisah.
Pergi salam Lufya
Walau bagaimanapun, selain daripada tuntutan tersebut, tindakan Julia yang tetap menyantuni Lufya ketika di mahkamah menjadi sorotan ramai.
Video yang dikongsi oleh Media Hiburan itu mendapat pujian ramai kerana melihat Julia begitu dewasa dan tidak menjadikan masalah antara suaminya dan Lufya sebagai cara untuk bermasam muka dengan penyanyi berkenaan.
Dia hormat Lufya
Kebanyakkan komen merasakan tindakan Julia begitu profesional kerana bukan senang untuk seseorang menurunkan ego dan memulakan sesuatu perkara yang sukar dibuat lebih-lebih lagi berhadapan dengan insan yang jarang bertegur sapa.
Mana tahu sebab salam boleh lembutkan hati
Selesaikan baik2 lebih elok
Nampak profesional sangat
Contoh yang baik ni
Biar orang tak nak pandang, yang penting kita hormat
Tak mahu bermusuhan
Memetik laporan dari Gempak, Julia mengatakan yang dia sudah trauma untuk membuat sebarang kenyataan di media sosial kerana bimbing menjadi fitnah.
Dia juga akui tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa dan sedaya upaya mahu berbaik dengan bekas isteri suaminya itu.
“Saya sebenarnya cuba, Insya-Allah… baik saya atau pun suami, kami tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun. Kita sebenarnya tak ada masalah untuk bincang di luar mahkamah.
“Saya memang dari dulu lagi sebenarnya tak ada masalah langsung. Cuma saya rasa semua ini timbul daripada salah faham. Jadi, sebab itu saya agak fobia nak berkata-kata di umum.
“Fobia nak cakap apa-apa di Instagram, fobia nak share apa yang membahagiakan kami. Takut menimbulkan fitnah dan salah faham sebab itu kita pilih untuk diamkan diri,” katanya.
Terdahulu, Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh memaklumkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plantif iaitu Lufya berjumlah RM1 juta.
Ujarnya, mutaah adalah saguhati daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas mereka bercerai. Oleh itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar membuat tuntutan pada Oktober 2022.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) March 3, 2023
Sumber: TikTok Media Hiburan, Gempak (Asyikin Mayudin)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply