
Isu rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi bukan lagi rahsia sebaik sahaja isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan kisah sebenar menerusi hantaran di Insta Stories.
Malah, Nurul Shuhada atau mesra disapa Shu tekad memfailkan perceraian pada 28 Februari di di Mahkamah Syariah Selangor.
Selain perceraian dan berlaku curang dengan orang ketiga dikenali Athira Yuhada, nama Hafidz menjadi bualan apabila dia didakwa tergamak ‘naik tangan’ sehingga isterinya menerima 10 jahitan di bahagian muka.
Athira Yuhada hamil?
Susulan beberapa siri kontroversi berhubung rumah tangga pasangan itu, pihak Melodi bertemu Shuhada bagi mendengar serta mengetahui kisah sebenar dari mulut wanita berusia 29 tahun itu.
Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut termasuk Shuhada sendiri adalah soalan yang ditanya oleh penerbit, Michelle Wee mengenai keputusan ‘scanning’ di sebuah klinik pada tahun lepas.
“Kebetulan saya ada mendapat maklumat mengenai scanning, nama *censor* yang berlaku tahun lepas di satu klinik. Result menunjukkan beliau *censor*.
“Awak tahu ke pasal benda ni?”tanya Michelle kepada Shuhada.
Dari mana dapat?
Seakan terkejut dengan pendedahan yang diberikan, Shuhada sempat bertanyakan daripada manakah penerbit itu mendapatkan maklumat tersebut.
Shuhada juga tidak cepat melatah, seterusnya menjawab pertanyaan itu dengan tenang lalu berkata dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.
“Hanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu perkara si dia (Hafidz) dan si dia (Athira). Itu saja saya boleh katakan.
“Saya memang betul-betul berserah kepada Allah. Allah akan adili sebaiknya,”ujar Shuhada.
Hamil dan kahwin sejak tahun lepas ke?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa individu yang disebut oleh Michelle dalam video adalah hamil.
Malah, timbul spekulasi mendakwa Hafidz telahpun berkahwin dengan wanita berkenaan sejak tahun lalu lagi.
Sumber: TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply