
Baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil ada memuat naik hantaran di laman Insta Story berbentuk sindiran terhadap seorang individu yang bertindak mengasari wanita.
Anak munafik penderhaka macam filem
Ujarnya, individu berkenaan mempunyai rekod mengasari wanita sejak tahun 2005 sehingga 2020, namun tidak dikenakan tindakan sehinggalah ke tahun ini dipercayai masih berbuat sedemikian.
Katanya lagi, idnividu berkenaan seakan mempunyai watak seperti anak munafik yang ditunjukkan dalam filem dan diadaptasi ke dunia realiti.
“Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023.., macam filem, kita putar semula roda-roda kehidupan,”tulisnya.
Bukan ungkit tapi fakta
Farid bagaimanapun mengatakan dia tidak mempunyai niat mahu mengungkit semula kisah lama, sebaliknya menyatakan fakta mengenai individu berkenaan.
Dedah pemilik nama Farid Kamil Zahari, gara-gara hantaran tersebut, mengenai individu berkenaan menghantar ‘balachi’ untuk mengutuk filem terbaharu lakonannya iaitu Anwar , The Untold Story yang bakal ditayangkan pada Mei ini.
“Hoii… baru tulis pasal bos korang, kau katakan ungkit kisah lama. Bukan ungkit tetapi fakta benda dipukul ini tak boleh pakai spesiol effect macam dalam filem.
“Dah hantar balachi pulak untuk kutuk filem Anwar. Dasar acah-acah gengster adik-adik ni. Penampar wanita dengan Amm kena tampar,”tulis Farid di Insta Story.
Untuk rekod, ya ‘dia’ yang pukul Diana
Dalam hantaran berikutnya, pengarah filem Remp-It mendedahkan individu yang dimaksudnya itu adalah seseorang yang mempunyai rekod memukul wanita bernama Diana Danielle iaitu isterinya sendiri.
“Untuk rekod, ya dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005. Buat laporan tapi tiada tindakan (NFA). Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali.. sindir Pak Abu,”tulisnya dalam nada sindiran.
Masih trauma sampai sekarang
Farid turut mendedahkan isterinya, Diana Danielle yang juga seorang aktres masih terkesan dan trauma dengan insiden ‘hitam’ dipukul oleh individu berkenaan.
“Trauma sampai sekarang. Kesian, tak ada siapa boleh back up orang trauma ni tau Dol.
“Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi. Ambil gambar senyum dengan gigi palsu tu,jari tunjuk atas..?”dedahnya.
Dalam pada itu, Farid juga menyoal sama ada perbuatan mengasari wanita adalah tanda ‘macho’ seseorang.
Tambah bapa kepada sepasang cahaya mata, dia menegaskan adalah perlu menghormati golongan wanita dan bukannya mengasari serta menakutkan mereka dengan berbuat sedemikian.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply