
PELAKON Fasha Sandha memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang selepas lapan hari menerima rawatan di hospital akibat kecederaan pada bahagian mata kiri.
Meskipun belum pulih daripada kecederaan, Fasha, 39, berharap dapat menyelesaikan baki babak penggambaran drama Anak Tuan kerana memikirkan tanggungjawab yang dipikul sebagai pelakon.
“Iya, b3nda nak jadi. Apa kita bol3h buat? Kita buat yang t3rbaik, t3tapi k3malangan t3tap t3rjadi. Dalam hati saya hanya fikir tanggungjawab yang masih t3rtangguh. Malah pada hari k3jadian, saya hanya fikir ingin habiskan tugas. T3tapi p3ngarah dan doktor tidak m3ngizinkan.
Fasha dilihat masih memikirkan hal kerja walau sedang sakit.
“Di kala sakit baru kita sedar siapa yang sayangkan kita.
“Saya tidak akan melupakan momen ‘percutian’ lapan hari tujuh malam di hospital. Saya sudah boleh discharge hari ini… Alhamdulillah,” katanya.
Fasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam pada itu, Fasha menegaskan dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyebabkan insiden di lokasi penggambaran itu sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian matanya.
“Saya tidak pernah tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika. Lapan hari yang begitu panjang buat saya.
“Fizikal luar mata dan b3ngkak b3ransur pulih. Tulang kiri mata patah, ada tisu dan darah b3ku. Walaupun b3gitu saya t3tap b3rsyukur mata kanan masih sihat s3mpurna dan banyak lagi nikmat k3baikan yang dib3rikan k3pada saya,” ujarnya.
Saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika. Lapan hari yang begitu panjang buat saya
Dalam perkongsian tersebut, Fasha turut memuat naik beberapa keping foto semasa di hospital.
Selain itu, dia turut berkongsi perbualannya dengan salah seorang kru produksi yang memohon maaf atas kejadian berkenaan.
Fasha juga dilihat membawa skrip drama di hospital kerana masih memikirkan hal kerja yang belum dilunaskan.
Insiden di lokasi yang menyebabkan mata kiri Fasha cedera.
Pada 2 Mac lalu, Fasha t3rpaksa dik3jarkan k3 s3buah pusat p3rubatan pakar di Johor Bharu, Johor akibat k3c3d3raan yang dialami s3l3pas t3rbabit dalam satu k3malangan k3tika m3lakukan babak b3rgaduh d3ngan Azhan Rani dalam drama b3rjudul Anak Tuan.
Dia kemudian dipindahkan ke sebuah pusat rawatan di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply