
Umum sedia maklum mengenai kisah percintaan antara penyanyi Shila Amzah bersama kekasihnya, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sehingga berjaya meraih perhatian ramai.
Mana tidaknya, perbezaan jarak umur yang jauh antara Shila dan Ubai menyebabkan mereka sering menjadi bualan ramai di media sosial.
Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Shila dan kekasih hatinya itu sedang berbual di sebuah lokasi sambil membuat siaran langsung di laman Instagram.
Dalam video berdurasi pendek itu, Ubai memaklumkan ‘door gift’ sudah ditempah dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Namun begitu, penyanyi yang berusia 32 tahun itu meminta kepada orang ramai supaya mengendahkan kata-kata Ubai dan memberitahu dia mahu berkahwin pada hari Sabtu.
Bukan itu sahaja, anak penyanyi dan pelakon era 80-an itu turut menegaskan dia tidak mahu berkahwin selagi kekasihnya tidak melamar dengan cara yang baik.
“Jangan dengar cakap Ubai ni, kitaorang nak kahwin hari Sabtu. Tapi selagi Ubai tak lamar betul-betul saya tak akan kahwin dengan awak, mudah,” ujar Shila.
Terdahulu, Influencer terkenal, Ubai mendedahkan dia mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyai terkenal, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Difahamkan, dia sudah mula menjadi rakan kepada Shila selepas penyanyi tersebut mengalami fasa perit dalam kehidupannya dan disaat itulah dia menjadi peneman yang sentiasa memberikan sokongan bagi meneruskan kehidupan dengan tabah.
Antara komen netizen,
Alhamdulillah ????..doa kebahagiaan utk org lain Allah bagi kebahagiaan dan rezeki utk kita dngn pasangan kita sama..
Mula2 ckp tunggu ubai cabut bracer, ni tunggu dilamar pula
Knp diorg x kahwin lagi tapi selalu tayang bersama kesana sini
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) March 9, 2023
Sumber: TikTok @hypemalaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply