Kamal Adli Diser4ng Dan Sekarang Terpaksa Ditidurkan Kerana Byk Bocor Di Kepala. Uqasha Senrose Dedahkan Bagaimana Perkara Itu Boleh Terjadi

Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi.

Isteri juga pelakon, Uqasha Senrose ketika dihubungi berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu.

“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.

“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.

“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala Kamal.

“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Kamal pada masa ini, Uqasha memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin, dia kena ditidurkan.

“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.

Uqasha juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, konon dia dihantar oleh satu pihak. Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya.

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.

UPDATE TERKINI

Terpaksa ditidurkan

Antara komen org ramai,

So Sorry To Hear This.. I Thought Singapore Is Very Safe. Wishing Your Husband A Swift Recovery ????

Semoga Allah SWT Mempermudahkan Urusan Kamal Dan Adik Akak K #Insyaallah Semoga Allah SWT Melindungi Pasangan Suami Isteri Ini Berdua.Ameen

Masyallah! Hopefully Police Dah Tangkap Diaorang. Please Be Strong And Hopefully All Will Go Well With Your Husband ????????

Sy Pon Terkejut Tengok Tadi ????????????..Semoga Dipermudahkan & @Kamaladli Cepat Sembuh..

Singapore Ni Negara Kim Jung Un Ke Rakyat Dia Perangai Mcm Binatang Liar Terlepas Kandang

Astargfirullahalazimmm, Qashaa Stay Strong Ok! Keep Us Updated With His Condition. Semoga Allah Beri Kesembuhan Buat Kamal.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*