
TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menerima pelbagai reaksi netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, usahawan berkenaan dilihat memberi nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.
Malah Shuhada juga seakan berkongsi saat susah senang semasa awal perkahwinan dia bersama pelakon berusia 29 tahun itu.
“Cuba fikirkan saat-saat Shu tengah mesra dengan dia mungkin ini dugaan. Saya tak nak cakap siapa dia, saya pun ada buat salah juga. Awak sebagai perempuan ini bagi peluang pada dia.
Pertemuan Aliff Syukri dan Shuhada jadi perhatian.
“Saya yakin dalam kehidupan rumah tangga ini salah seorang kena mengalah, saya tak pasti atas mata awak apa punca tapi mungkin dia tak sengaja.
“Kita sebagai lelaki ini kalau boleh jangan kasari isteri, anggap isteri itu seperti ibu kita. Sayangi isteri seperti dia adalah bidadari hidup kita,” katanya.
Aliff juga memberitahu air muka Shuhada seakan menyimpan sesuatu dan dia cuba untuk memahami perasaan wanita itu sekali gus berharap berpeluang menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Riak wajah dia nampak sedih dan memendam, saya cuba menyelami apa beliau rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah baik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu wanita itu untuk meneruskan hidup kelak.
“Saya juga tahu Shu berusaha demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya AS Hijab. Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” ujarnya.
Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz Roshdi belum bertemu titik noktah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpesan kepada usahawan berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti sebelum ini.
Malah mereka juga berpendapat rumah tangga Shuhada tidak boleh diselamatkan dan berharap agar wanita itu tidak kembali semula ke suaminya.
“Datuk jangan pisang berbuah dua kali macam kes Dayah itu.
“Situasi Shu ini tidak boleh diselamatkan lagi, luka di muka tinggalkan kesan yang teruk inikan pula luka hati.
“Nasihat datuk itu dah betul tapi jangan suruh dia balik semula pada lelaki yang dah cederakan dia,” antara komen netizen.
Antara komen lain,
Bagi Aku Sbgai Org Luar… Media2 Ni Pun … Dlm Kes Mcm Ni Jgn Lah Tmbh Garam Pada Luka.. Ya Mmg Ramai Yg Suka Dol Maki Hamun Ni… Aku Pun Sndiri.. Tp Dlm Hati Je La.. Batter Dlm Kes Mcm Ni Just Bagi Semangat ,, Bukan Suruh Stay Atau Tinggalkan Mcm Batu Api… Dia Yg Tahu N Rasa Segalanya2… Xyah Nk Jd Hero Atau Heroin… Bg Suntikkan Semangat… If Dia Meluah N Cerita Dengar N Sokong Dia… Bab Keputusan Biar Dia Putus N Pilih Sndri… Jgn Dicampur Nk Suruh Stay Atau Tinggal… Event Family Pun… Dia Bukan Budak Lagi… Ada Akal… Dia Heboh2 Kat Media Pun Bukan Settle Kes… Ramai Dok Maki Hamun Ada Lah…. Yg Media2 Pun Dok Suka Lah Bnyak Rating… Fikir²Kn Lah… Industri Kat Malaysia Ni Sendu Sebb Bnyk Media Crita Hal Ni Lah…
Wanita Matang Dan Berpelajaran Jgn Jd Bodoh… Simpati Bertempat.. Dh Ditumbuk Berjahit 10.. Ada Rasa Terhegeh2 Nk Kembali Semula.. Nk Brsuami Ank Ada Ayah… Tu Dulu2 Punya Pikiran.. Ramai Yg Berjaya Tanpa Suami. Ank Tu Mmg Lh X Bole Putus Hubungan.. Ank Tgjwb Nye..So Jgn Jd Awk Yg Tanggung Mkn Minum Nt.. Dh Ada Job Yg Org Tawarkn Tudung. Baju Dan Lain2.
Yg Lorat Bila Ada Org Laki Bini Ada Hal Je Terus Lorat Suruh Org Bercerai Tu Korang Dlm Golongan Pengadu Domba Benarnya, Ingatlah, Pengadu Domba Tak Dapat Masuk Syurga
Asbab Dia …Balu Allahyarham Abam Mendapat Pembelaan.Allah Gerakkan Hati Dia Utk Ziarah Dan Temuramah Dayah
Halah2…Ko Ni ..Alip…Die Dh Kena Pukul Cmtu Kot..Ko Sebuk Nasihat Itu Ini ..Laki Kaki Pukul Cmtu Nk Berbaik Balik..Sori La Wehh
Yg Komen Pun Baik Beno Jadi Juri Jadi Hakim.. Hal Rumahtangga Org Kot .. Biarlah Mahkamah Putuskan .. Kita Ni Di Bagi Peluang Tgk Bukan Suruh Hakim Org .Sebalik Nya Doakan Kebaikan Buat Mereka ..
Die Sebenarnya Macam Ni,Cerita Aib Sendiri Dan Ex Tak Perlu Cerita,Nitizen Pun Tak Payah Sibuk Tambah Dosa,Dah Nak Pose Ni Cukup² Lah
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply