
Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa rindu terhadap aktor, Kamal Adli selepas seminggu insiden dipukul dengan cota oleh individu tidak dikenali. Belum reda isu disrng individu tidak dikenali di Singapura, muncul isu baru yang mengatakan Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen seorang pembl! ketika di bangku sekolah. +
Uqasha, 31, dilihat memuat naik Instagram Stories dan video di TikTok kerana merindui suaminya. Dengan segala tohmahan yang diterima, Uqasha akui memerlukan suami di sisi. “Saya rindu abang…Cepat-cepat abang sihat. Siapa nak happy kan saya. Siapa nak jadi badut untuk happy kan Qasha. Dengan macam-macam tohmahan, I need you abang.”
Menerusi hantaran di TikTok, pasangan itu kelihatan sedang ‘miming’ lagu Hindustan ‘Main To Hoon Pagal’ oleh Abhijeet dan Shahrukh Khan. Aktor Kamal Adli dilihat menghiburkan isterinya dengan lagu yang dimainkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan Uqasha yang merindui suaminya. Selain itu, terdapat banyak doa yang ditinggalkan di ruangan komen buat pasangan itu untuk terus cekal menghadapi ujian yang diberi.
Katanya, lagu tersebut ingin diberikan kepada Kamal namun sebaliknya pula yang berlaku.
“Sebelum kejadian di Singapura, saja hendak tuju lagu ini kepada Kamal iaitu mengenai isteri yang ingin dimanjakan suami.
“Tetapi sekarang saya perlu manjakan dan beri lebih perhatian untuk dia pulih semangat.
“Doakan suami saya cepat-cepat pulang ke pangkuan,” katanya lagi.
Uqasha bagaimanapun tidak berkongsi lanjut lokasi keberadaan Kamal ketika ini atas faktor keselamatan.
Sementara itu, pasangan tersebut dihujani dengan komen daripada netizen yang mendoakan terbaik untuk mereka.
Terdahulu, pada 12 Mac lalu, Kamal dilaporkan cedera parah selepas dipukul berkali-kali oleh individu tidak dikenali di bahagian kepala, muka dan badan di Singapore Expo, Singapura.
Kamal juga terpaksa menjalani pembedahan dan dirawat di Hospital Besar Changi.
Pada 14 Mc lalu, Mahkamah Singapura memerintahkan seorang lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyerang Kamal direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri
Sumber: OhBulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply