Salam Takziah Stacy! Baru Sahaja Kehilangan Insan Tersayang, Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa

ABANG kepada penyanyi Stacy iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak pada pukul 3.20 pagi Isnin.

Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh adik lelakinya iaitu Aldrich yang berada di hospital ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.

“Iya abang saya sudah meninggal dunia di hospital pada pukul 3.20 pagi Isnin.

Abang Stacy ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala, organ dalaman turut rosak - Hiburan | mStar

“Saya, ibu dan seorang lagi abang kami ada di hospital ketika mendiang meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aldrich berkata, ketika ini pihak keluarga sedang menguruskqn proses untuk membawa pulang mendiang ke Penampang, Sabah dan dijangka dikebumikan pada Rabu.

“Kami tidak dapat mencari penerbangan hari ini (Selasa). Jadi terpaksa tunggu sehari lagi.

stacy 2

Stacy akan terus pulang ke Sabah pada Selasa.

“Stacy pula akan terus pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah nanti,” ujarnya.

Chaq atau Camellus Dellli Anam menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya.

Abang Stacy ditidurkan, alami pendarahan dalam kepala akibat kemalangan

Akibat kemalangan tersebut, Chaq mengalami kecederaan pada beberapa bahagian organ termasuk jantung, hati dan limpa selain berlaku pendarahan dalam sehingga dia perlu ditidurkan.

Pihak keluarga memaklumkan sebelum ini, Chaq sudah menjalani pembedahan namun terpaksa bertarung nyawa akibat kecderaan teruk.

Chaq sebelum ini pernah menyertai program Mentor 3 di bawah bimbingan penyanyi dan komposer Ajai.

Abang Stacy ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala, organ dalaman turut rosak - Hiburan | mStar

Terdahulu,

Abang Stacy ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala, organ dalaman turut rosak

ABANG kepada penyanyi Stacy iaitu Camellus Delleli Anam atau lebih dikenali sebagai Chaq ditidurkan selepas mengalami pendarahan dalam kepala susulan terlibat dalam kemalangan pada Rabu lalu.

Menurut pengurus Stacy iaitu Afeeq, Chad kini menerima rawatan di Hospital Sibu, Sarawak dan selamat menjalani pembedahan pada Sabtu.

Bagaimanapun beberapa organ dalam Chad dikatakan mengalami gangguan disebabkan kesan kemalangan itu dan keadaannya membimbangkan.

“Chaq ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih ada pendarahan.

“Semalam masalah dekat jantung turun naik sebab hati dan limpa dia ada terluka. Tekanan darah dan jantung Chaq dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Stacy berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti dia kala.

Malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Pelangi Senja itu mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan abangnya.

“Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya Allah mesti dia boleh,” ujarnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*